top of page

- Kenali Kami -

Badan kami terdiri daripada 7 organisasi utama MRSM Gerik iaitu BWP, LDP, PRS, ALK, PPSI, PUM dan BADAR

1. Badan Wakil Pelajar

Terdiri daripada pelajar-pelajar yang dipilih oleh para pelajar melalui proses pilihanraya. Antara peranan BWP ialah:

  • Memajukan kebajikan pelajar melalui kerjasama dengan pentadbiran Maktab.

  • Menjadi badan perantaraan untuk pihak pelajar dan pentadbiran.

  • Menganjur aktiviti pelajar

  • Membantu pelaksanaan aktiviti Maktab.

 

2. Lembaga Displin Pelajar

Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) adalah satu daripada cabang kegiatan kokurikulum pelajar yang membantu pihak maktab menguatkuasakan peraturan-peraturan maktab.
Lembaga Disiplin Pelajar LDP ditubuhkan bertujuan:

  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang harmoni dalam kehidupan di MRSM dengan pelajar-pelajar yang berdisipllin dan berakhlak mulia.

  • Membentuk satu generasi pelajar yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik.

  • Pelajar yang layak dan mampu memimpin akan dicadangkan namanya dan satu temuduga dilakukan untuk sesi pemilihan.

 

3. Pemimpin Rakan Sebaya

 

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) merupakan badan yang ketiga terbesar di MRSM Gerik. Badan ini bertanggungjawab dalam hal - hal kebajikan pelajar serta segala yang berkaitan dengan masalah yang selalu menghantui pelajar . Badan ini dianggotai oleh ahli - ahli yang terlatih agar segala perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik dan cemerlang .

 

4. Ahli Lembaga Koperasi

 

Ahli Lembaga Koperasi (ALK) berfungsi secara umumnya untuk menguruskan serba-sedikit perjalanan perniagaan Koperasi Maktab. Selalunya mereka akan bertugas pada waktu rehat dan waktu petang sebelum kelas persediaan di kedai koperasi. Selain itu juga, ahli lembaga juga terlibat dalam pengurusan stok dan perkhidmatan jualan sewaktu aktiviti.

 

5. Pengawas Pusat Sumber Ilmu

 

Pengawas Pusat Sumber Ilmu (PPSI) berfungsi dalam membantu pengurusan Pusat Sumber Ilmu MRSM Gerik. Mereka bertugas di kaunter PSI untuk menguruskan hal pinjaman dan pemulangan buku ataupun perkhidmatan lain seperti pencetakan dan rekod bilik komputer.

 

6. Program Usahawan Muda

 

Sesuai dengan tujuan MRSM yang ingin melahirkan pelajar berkeusahawanan, Program Usahawan Muda (PUM) telah dijalankan untuk memperluas bakat pelajar dalam urusan perniagaan. Secara kebiasaannya, sebuah syarikat ditubuhkan di MRSM Gerik dengan dianggotai oleh pelajar daripada pelajar Tingkatan 2 yang terpilih. Syarikat yang dinasihati oleh guru penasihat bebas untuk menjalankan perniagaan seperti menjual makanan ataupun pakaian. Syarikat ini akan mewakili maktab ke Konvensyen PUM MRSM Se-Malaysia yang diadakan sekali setiap tahun.

 

7. Badan Dakwah dan Kerohanian

 

Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) merupakan sebuah organisasi yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar daripada segi rohani. BADAR diketuai oleh Biro Dakwah dan Kerohanian BWP. Ahli-ahli yang dipilih adalah pelajar-pelajar yang mempunyai ilmu agama dan mampu untuk menyampaikan dakwah kepada pelajar-pelajar MRSM Gerik. Tugas BADAR meliputi kehidupan seharian pelajar namun lebih tertumpu di Surau An-Nur MRSM Gerik yang dijadikan sebagai platform dakwah.

 

​Sign up for more updates from BKP MRSM Gerik

Your details were sent successfully!

bottom of page